Dewan Bandaran Kulim
Dewan Bandaran Kulim

Dewan Bandaran Kulim

Dewan Majlis Perbandaran

Average Reviews

Description

Syarat-syarat Sewaan Dewan

  • Bayaran cagaran dewan hendaklah dibayar sewaktu tempahan dibuat.
  • Bayaran sewaan dewan perlu dibayar 2 minggu sebelum tarikh penggunaan dewan.
  • Memastikan keselamatan harta benda/peralatan serta kelengkapan yang terdapat di dalam dewan dan kawasan sekitarnya.
  • Memastikan kebersihan dewan dan kawasan sekitarnya pada setiap masa terutama selepas penggunaan dewan.
  • Memastikan tiada sebarang gangguan kepada masyarakat setempat.
  • Tidak dibenarkan membawa masuk sebarang minuman keras/makanan yang tidak halal ke dalam dewan dan kawasan sekitarnya.
  • Pemohon adalah bertanggungjawab sepenuhnya dalam soal keselamatan semasa & selepas acara dijalankan terhadap sebarang tingkah laku awam/pengguna.
  • Pihak majlis berhak membuat pembatalan @ perubahan tarikh terhadap sebarang permohonan/penyewaan terutamanya untuk aktiviti-aktiviti yang lebih diberi keutamaan dan pihak majlis tidak terikat untuk mengganti mana-mana dewan lain sebagai ganti.
  • Sebarang perkongsian majlis tidak dibenarkan bagi satu permohonan.
  • Tempoh penggunaan dewan adalah dari jam 8 pagi hingga 12 tengah malam dan kerja-kerja pembersihan serta penyimpanan peralatan dewan harus dilakukan sebelum jam 12 tengah malam.
  • Pihak majlis berhak mengambil sebarang tindakan terhadap penyewa sama ada memotong wang cagaran @ lain-lain tindakan, sekiranya terdapat mana-mana syarat yang tidak dipatuhi.
  • Selepas tarikh penggunaan dewan dan kebersihan sempurna, pemohon perlu datang ke unit gerai untuk menuntut kembali cagaran dengan mengemukakan resit asal cagaran dan salinan kad pengenalan pemohon.


Photos